Tuesday, July 26, 2011

Lamborghini terbakar di McDonald's


Sebuah kereta Lamborghini milik seorang penyanyi rap Norway, Tshawe Baqwa terbakar di restoran makanan segera McDonald's, lapor sebuah akhbar kelmarin. Kereta yang berharga AS$677,179 (RM2.01 juta) itu terbakar semasa Baqwa memesan makanan di laluan pandu lalu di restoran berkenaan. Semasa kereta sport itu berhenti di laluan tersebut, kenderaan berkenaan terbakar kerana enjinnya terlalu panas sehingga mengejutkan orang ramai.
Baqwa keluar dari kereta itu dan memerhatikan kejadian tersebut yang berlaku baru-baru ini. Seorang saksi berkata, adalah sesuatu yang memalukan untuk melihat kereta itu terbakar. Pelanggan-pelanggan di restoran itu terpaksa dipindahkan manakala sejumlah anggota bomba dari Jabatan Bomba Oslo memadamkan kebakaran tersebut. Namun, kereta itu sukar untuk dibaik pulih. - Agensi
Sumber : KOSMO
p/s : kereta 2juta meletop tu oih..sedapla claim insurance!huhu

1 comment:

Stilla Royazrie said...

uish bahaya nya...cam tak caye je keta mahal cam gitu boleh terbakar gara2 eenjin panas...tak masuk akal kan...hmmmm...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...